1.0 Pengenalan
Pelancongan
merupakan satu kegiatan ekonomi dan sosial yang penting sejak dekad yang lalu
yang bermula di Melaka. Pelancongan juga dikatakan melibatkan pergerakan
sementara manusia ke destinasi di luar kawasan tempat tinggal mahupun tempat
kebiasaannya seseorang yang bekerja. Ianya melibatkan aktiviti yang dilakukan
di tempat yang dituju dan kemudahan yang diwujudkan disesuatu tempat untuk kemudahan
dan keperluan mereka. Pelancongan bukan sekadar melibatkan kemasukan pelancong
dari luar negara sahaja, malahan juga pelancong tempatan yang bermalam di
destinasi pelancongan yang sedia ada. Seperti yang kita sedia maklum, pelancongan
merupakan antara industri yang terbesar dan paling menguntungkan sejak beberapa
dekad yang lalu.
Sektor
pelancongan bukanlah sesuatu yang baru, Jumlah pelancong yang datang daripada dalam
negeri mahupun antarabangsa semakin meningkat, malah beberapa buah negara di
dunia kini sedang giat memajukan sektor pelancongan sebagai sektor utama bagi
menjana pendapatan negara. Sejak dari dulu lagi sektor pelancongan telah
menjadi nadi penggerak kepada ekonomi beberapa buah negara yang membangun. Malahan,
kebanyakan negara telah menggalakan pelancongan dalam negara untuk menjana
pertumbuhan ekonomi dalam aspek pelancongan.
Sehubungan
dengan itu, pelancongan dianggap sebagai satu perkara yang dapat memberikan
keuntungan kepada negara dengan kedatangan pelancong dari dalam dan luar
negara. Pelancongan dapat membantu melindungi alam sekitar, menjaga dan
memulihara aspek serta warisan budaya dalam meningkatkan kualiti hidup
masyarakat setempat. Bagaimanapun, pelancongan juga menyumbang kepada kesan
yang negatif jika dibangunkan tanpa perancangan yang berkesan dan secara menyeluruh.
2.0 Tahap
industri pelancongan
Jika
kita teliti tahap industri pelancongan di Malaysia pada waktu dahulu dan pada
masa sekarang banyak menunjukkan perbezaan walaupun negara telah mengambil
pelbagai langkah drastik yang sewajarnya dalam meningkatkan perkhidmatan dan
mutu pelancongan dalam negara kita. Namun keperluan yang dapat kita lihat kini
adalah industri pelancongan yang pada permulaannya dahulu mengalami kemerosotan
kerana terkesan oleh krisis ekonomi serantau yang telah menyebabkan ramai
pelancong asing dan sumber pendapatan negara seperti kejatuhan ringgit hasil
pertukaran mata wang asing negara semakin merosot. Penurunan yang ketara dalam
pelancongan ini disebabkan oleh beberapa faktor yang lain antaranya ialah
tekanan ekonomi dunia dan tempatan serta ketidaktentuan dalam keadaan politik
semasa. Hal ini telah menyebabkan berlakunya kemerosotan yang ketara dalam
aspek pelancongan.
Selain
daripada itu, pembangunan yang kian pesat dalam pelancongan akan menyebabkan
kejadian jenayah yang semakin berluasa di sesetengah kawasan. Kemasukan
pelancong asing secara beramai-ramai telah meningkatkan kegiatan jenayah
seperti aktiviti pengedaran dadah, penyeludupan manusia dan pengintipan yang
boleh mengancam keselamatan dan kestabilan politik negara kita akibat daripada
kemasukan mereka yang tanpa kawalan rapi daripada pihak imegresen sendiri.
Sepertimana yang kita tahu, apabila terlalu ramai pelancong asing daripada luar
negara yang melancong ke negara kita telah menyebabkan pelbagai masalah sosial
yang berlaku. Dengan adanya peluang pekerjaan yang sebegini dapat membantu
mereka dalam mengurangkan masalah sosial ini daripada berlarutan dengan menghadkan
kemasukan mereka serta melalui sistem kawalan yang rapi sebelum pelancong asing
dibawa masuk ke negara ini.
Selain
daripada itu, industri pelancongan juga dapat mengancam kesihatan penduduk tempatan
dengan cara pelancong luar yang dijangkiti oleh penyakit berbahaya dan kronik
akibat kelakuan sumbang termasuklah kegiatan pelacuran. Akibat kegiatan pelacuran,
penyakit seksual seperti AIDS turut menular. Pelbagai penyakit berjangkit yang
dibawa masuk turut bertambah akibat pergerakan dan kebanjiran manusia, khususnya
di pusat-pusat pelancongan. Oleh hal yang demikian telah menyebabkan
pelancongan di negara kita telah merosot.
Akibat
kemerosotan daripada sektor pelancongan, kerajaan tidak berdiam diri dengan
membiarkan perkara ini berlarutan. Jika dibiar serius, pendapatan negara akan
menurun. Oleh hal yang demikian, Kini sektor pelancongan di negara ini giat
memajukan beberapa aspek yang berkaitan dengan keperluan industri ini supaya
dipandang tinggi dan menjadi negara contoh kepada negara lain. Umpamanya ialah
dengan mempertingkatkan keupayaan tenaga kerja dalam sektor ini melalui latihan
tenaga kerja yang ramai sangat diperlukan bagi meneliti dan mempromosikan
sektor-sektor pelancongan yang ada di negara ini. Ianya sangat diperlukan dalam
pembangunan produk pelancongan seperti mempromosikan Malaysia sebagai destinasi
peranginan bukit dan pulau, destinasi membeli-belah, dan upacara-upacara
bertema yang semestinya dapat menarik minat ramai pelancong untuk berkunjung di
negara ini. Dengan adanya promosi yang dijalankan ini dapat membantu
meningkatkan kefahaman mereka dalam meneliti dan dalam membuat pilihan yang
terbaik.
Selain
itu, Promosi juga giat dijalankan untuk pelancongan sukan dan rekreasi, pelancongan
ekologi, pelancongan pertanian dan program tinggal di rumah ibubapa angkat,
pelancongan budaya dan warisan, dan pelancongan pendidikan serta kesihatan.
Dengan adanya sektor pelancongan ini mampu mempamerkan bahawa negara kita kaya
dengan pelbagai corak kehidupan serta pendedahan dan maklumat mengenai
pelancongan. Malahan pihak kerajaan dan sektor swasta juga perlu mengambil
langkah dalam mempertingkatkan kemampuan negara sebagai destinasi pameran,
mesyuarat dan persidangan melalui pelbagai insentif (Malaysia 2001).
3.0 Kepentingan dan sumbangan industri
pelancongan terhadap pembangunan ekonomi negara
Industri
pelancongan merupakan salah satu kegiatan ekonomi dan sosial yang semakin
penting terutamanya terhadap pembangunan ekonomi negara. Jumlah pelancong dalam
negeri dan antarabangsa semakin meningkat malah, beberapa buah negara di dunia
kini memajukan sektor pelancongan sebagai sektor utama yang menjana pendapatan
negara. Akibat daripada industri pelancongan ini telah mengakibatkan negara
kita telah berkembang maju dan dipandang tinggi oleh negara serantaunya.
3.1.1 Menjana Pendapatan Negara
Pelancongan
antara sumber utama dalam aktiviti menjadi tukaran wang asing yang menyumbang
kepada pertumbuhan ekonomi negara, pelaburan dan guna tenaga. Kedatangan
pelancong kian meningkat sejumlah 16.4 juta pada tahun 2005 telah menyumbang
sebanyak RM 18.1 bilion kepada pendapatan negara. Perkembangan sektor
pelancongan di Malaysia telah dipengaruhi oleh perubahan yang besar akibat
globalisasi dan menjadi potensi industri pelancongan pada masa hadapan.
Memandangkan industri pelancongan kini merupakan satu pemangkin kepada
pendapatan negara, maka satu pendekatan dilaksanakan oleh kerajaan dalam
perancangan dan perlaksanaan industri pelancongan secara mampan.
Sungguhpun
begitu, industri pelancongan masih belum merupakan satu industri yang maju.
Bagaimanapun, selepas kejayaan kempen dan program yang dilancarkan seperti Tahun
Melawat Malaysia pada tahun 1990, sumbangan sektor pelancongan ini kepada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kian terus meningkat saban tahun malahan
peningkatan ini telah membantu sedikit sebanyak dalam pendapatan negara. Selain
itu, sumbangannya ini masih terus mengalami peningkatan walaupun pernah dilanda
masalah kegawatan ekonomi pada tahun 1997/1998. Pada tahun 2000 ketibaan
pelancong ke Malaysia buat kalinya pertama kalinya mencecah lebih 10 juta orang
dengan pendapatan negara daripada sektor ini pada tahun tersebut sejumlah lebih
RM 17.3 bilion. Pada 2008 terdapat sejumlah RM 22 juta pelancong yang melawat
Malaysia dengan merekodkan pendapatan negara melebihi RM 49 bilion.
Seiring
dengan negara-negara membangun yang lain, kerajaan Malaysia tidak ketinggalan dan
menjadikan industri pelancongan ini sebagai peluang bagi membuka mata
masyarakat setempat dan pelancong luar negara untuk mendalami dan merasai
sendiri keunikan aktiviti-aktiviti luar bandar yang istimewa serta keenakan
buah-buahan tempatan. Hal ini menyebabkan pergerakan IKS di Malaysia semakin di
minati oleh golongan belia apabila tarikan pelancongan terhadap sesuatu produk.
Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan apabila kita melancong ke Malaysia
seperti riadah contohnya, berkhemah, memancing, merentas hutan, berkayak,
berbasikal, aktiviti Paintball dan Skytrex Adventure. Terdapat juga Chalet dan
rumah-rumah penginapan juga ada disediakan bagi kemudahan pengunjung yang ingin
bermalam.
Selain
itu juga, tarikan pelancong kepada Malaysia telah memberikan input kepada
kerajaan dalam pembukaan tempat yang baru dan menjadi potensi pada masa
hadapan. Terdapat lebih daripada 100 tempat lagi di seluruh Malaysia yang menyediakan
aktiviti agro pelancongan ini, antaranya Ladang Nipah Kipli, Kuala Sangklang
yang terletak di negeri Perlis, Taman Agro Teknologi Mardi di Langkawi Kedah,
Pusat Memproses Madu Lebah FAMA di Kuala Nerang, Kedah, Taman Agro Teknologi
Mardi di Cameron Highlands Pahang, Pusat Penerangan dan Santuari Penyu di
Cherating, Pahang dan Taman Pertanian di Sabah. Dengan kewujudan tempat yang
baharu, kerajaan juga telah melakukan kempen dan promosi seperti promosi
potongan harga tambang kapal terbang, promosi Penyewaan Chalet, Hotel dan
sebainya. Ini salah satu imput yang berkesan untuk menaqrik ramai lagi pelacong
sama ada dalam dan luar negara datang ke Malaysia.
3.1.2 Menambahkan Peluang Pekerjaan Di
Negara Kita
Selain
daripada menjana pendapatan negara, antara sumbangan lain yang dapat dilihat
dalam Industri pelancongan ini ialah dapat menambahkan peluang pekerjaan di
negara kita. Akibat daripada ramai lepasan universiti yang menggangur, kerajaan
telah membuka peluang pekerjaan kepada sesiapa sahaja yang berminat dalam
bidang pelancongan ini. Kepakaran yang ada dalam diri mereka dapat dipraktikkan
dengan adanya peluang yang sebegini. Hal ini dapat dipertingkatkan menerusi
pelbagai perusahaan yang berkaitan dengan industri pelancongan dibuka dan
memerlukan lebih ramai pekerja bagi memudahkan segala urusan dijalankan. Hal
ini secara langsung memberi pelbagai peluang pekerjaan dan dapat membantu
mengurangkan kadar pengangguran di negara kita yang semakin meningkat dari
setahun ke setahun. Di samping itu, terdapat juga pembukaan tempat yang baru
khususnya IKs seperti di Johor yang menjadi tarikann pelancong apabila menjadi
pengeluaran barangan dan makanan yang terbesar di negeri Johor.
Selain
itu, dengan adanya peluang pekerjaan yang disediakan ini sedikit sebanyak dapat
membantu mengikis atau mengurangkan masalah sosial di negara kita. Masalah
sosial yang semakin berlarutan seperti melepak, merempit, membuli juga telah
mencemarkan imej negara apabila pelancong luar yang ke negara kita. Oleh yang
demikian, dengan adanya peluang pekerjaan ini dapat memberikan kesedaran kepada
mereka dan mampu mengurangkan masalah sosial dan memperbaiki imej negara kita. Antara
contohnya pembukaan tempat-tempat yang baru akan menyebabkan pengambilan
pekerja baru untuk mengisi kekosongan tersebut. Dengan itu, anak mudah akan
membantu dalam pergerakan matawang negara apabila mereka berbelanja dalam
aktiviti harian. Namun, pembukaan peluang pekerjaan kadang kala bukan terdiri
daripada warga tematan mahal warga dari negara luar.
3.1.3 Mengeratkan Kesefahaman Dan
Hubungan Diplomatik Di Peringkat Antarabangsa
Dengan
kehadiran pelancong asing yang semakin meningkat dari setahun ke setahun telah
menyebabkan aliran pelancong dari luar dan tempatan mengeratkan kesefahaman dan
hubungan diplomatik di peringkat antarabangsa. Hal ini sangat penting dengan
menjaga nama baik negara kita dan kemasukan pelancong asing secara tidak
langsung dapat membantu hubungan diplomatik antara negara serantau. Antara
kebaikan menjalin hubungan baik dengan negara serantau termasuklah menjamin
kestabilan politik negara kita. Hal ini demikian, rakyat Malaysia dapat hidup
dalam keadaan yang aman dan harmoni jika politik di negara Malaysia stabil.
Penubuhan negara ASEAN dapat menjamin kedaulatan negara-negara serantau.hubunga
diplomatik amat penting bagi negara negara yang sedang mambangun supaya dapat
memabantu sama lain ke arah mencapai negara maju.
Hubungan
persaudaraan yang terjalin membantu menjamin kedamaian dunia daripada berlaku
perkara yang negatif seperti pencerobohan daripada negara jiran. Negara yang
terlibat seperti Malaysia dan Brunei dan Indonesia yang sering berlaku
pencerobohan. Hal ini sedikit sebanyak akan menjejaskan hubungan antara kedua
buah pihak jika hubungan persaudaraan ini tidak dijaga. Pelancong tempatan juga
dapat menjalinkan hubungan dan kesefahaman yang lebih erat. Hal ini penting
untuk bersama-sama bertukar pendapat dan idea mengenai negara masing-masing.
Justeru, semua negara di dunia perlulah menjalin hubungan yang baik demi
kebaikan dan kepentingan bersama. Negara Malaysia telah menjalinkan dan mengeratkan
hubungannya dengan negara-negara serantau untuk mengembang dan memajukan
ekonomi serta teknologi negara. Hubungan Malaysia dengan negara lain telah
dipereratkan lagi berdasarkan peningkatan kerjasama dua hala dalam semua bidang
termasuklah bidang politik, perdagangan dan pelancongan.
4.0 Halangan Dan Cabaran Industri
Pelancongan Di Malaysia
Sektor
perkhidmatan perlancongan banyak menyumbang kepada sumber pendapatan negara
berbanding sektor utama iaitu bahan mentah, sektor pertanian dan sektor pembuatan
iaitu perindustrian. Sejak kebangkitan arus globalisasi dunia, industri pelancongan
di Malaysia kurang memberangsangkan dan tidak dikenali di serantau antarabangsa.
Oleh itu, terdapat beberapa halangan dan cabaran kepada industri pelancongan di
Malaysia iaitu Malaysia perlu bersaing dengan negara lain untuk mempromosikan
industri pelancongan, kebudayaan tempatan yang berbeza dengan budaya pelancong,
ketidakstabilan politik di Malaysia dan berlaku pencemaran alam sekitar dan
tragedi buruk yang menimpa Malaysia.
4.1 Malaysia terpaksa bersaing dengan
negara lain untuk mempromosikan industri pelancongan
Malaysia
merupakan negara yang sangat unik kerana mempunyai pelbagai etnik seperti etnik
Melayu, etnik Cina, etnik India, etnik Orang Asli, etnik Kadazandusun dan
lain-lain yang mempunyai kepelbagaian budaya tersendiri. Keunikan yang dimiliki
oleh Malaysia ini menyebabkan negara lain ingin bersaing dan cuba mencari
keunikan yang dimilik oleh negara mereka sendiri untuk tujuan tarikan
pelancongan. Persaingan antara negara lain khususnya negara jiran seperti
Indonesia dan Thailand akan mengugat pelancong asing untuk melancong ke
Malaysia (Zarinaj, 2016). Hal ini demikian kerana, Indonesia dan Thailand
mempunyai keunikan dan budaya yang seakan sama dengan Malaysia seperti adat
tradisi kaum melayu, jenis makanan etnik cina dan India, lokasi tempat
melancong yang unik dan semulajadi seperti mempunyai musim panas dan musim
sejuk dan sebagainya.
Selain
itu, kewujudan persaingan dari segi menghasilkan barangan buatan sendiri dengan
negara Asean. Penghasilan produk yang dibuat selalunya akan dijadikan
cenderamata untuk pelancong asing. Pelancong mudah tertarik dengan produk yang
unik dan hak ciptanya terpelihara (Zarinaj, 2016). Malaysia menghadapai masalah
dari segi penjenamaan dan hak patern untuk menghasilkan barangan kerana
majoriti barang yang dihasilkan mampu dibuat dan ditiru oleh negara lain atas
faktor kecekapan negara tersebut meniru produk asli Malaysia atau ciplak, harga
yang tawarkan lebih murah berbanding di Malaysia dan pelancongan tidak tahu
negara Malaysia itu sendiri wujud.
4.2 Budaya tempatan yang berbeza dengan
budaya pelancong
Kebudayaan
merupakan faktor yang sangat penting dalam sektor pelancongan kerana dapat
menarik pelancong asing untuk memperlajari kebudayaan yang ada di Malaysia.
Budaya yang dimilik oleh Malaysia tidak sama dengan budaya di negara lain.
Sebagai contoh, kebudayaan tempatan seperti persembahan tradisional, permaianan
zaman Raja Melayu, juadah aneka makanan dan banyak lagi. Sungguhpun begitu, Malaysia
juga yang terdiri daripada pelbagai bangsa dann agama menjadi tarikan apabila
kita dapat mencapai perpaduan dalam negara. Kekaguman pelancong luar menjadi keunikan
pelancong-pelancong dari negara lain.
Malaysia
sebagai sebuah negara Islam dan penduduknya berpegang kepada nilai-nilai
ketimuran dan menjaga adab sopan, kita tentunya berasa tidak senang dengan
tindakan pelancong asing yang tidak menghormati budaya kita apabila bertandang
ke negara kita. Terbaharu Malaysia digemparkan dengan kelakuan tidak senonoh
dan jenayah yang dilakukan oleh pelancong asing dengan tindakan sepuluh
pelancong asing yang berbogel di puncak Gunung Kinabalu, Sabah (Utusan Online,
2015). Hal ini menyebabkan pandangan pelancong asing terhadap Malaysia yang tidak
bebas dan susah untuk melancong telah mengurangkan kehadiran mereka ke Malaysia
kerana budaya mereka yang kebaratan tidak sama dengan budaya timur yang
diamalkan di Malaysia yang dianggap kolot dan ketinggalan zaman.
4.3 Ketidakstabilan politik di Malaysia
Ketidakstabilan
politik di Malaysia telah menjejaskan imej negara dan kredibiliti Malaysia
untuk selamat dijadikan tempat melancong semakin berkurang. Hal ini kerana
terdapat isu terbaru di Malaysia iaitu berkaitan dengan kejadian pencerobohan
di Lahad Datu yang tidak selamat kerana berlaku penculikan daripada puak Suku
di Filipina dan kejadian pesawat MAS yang terhempas dan hilang untuk membawa
penumpang untuk ke Malaysia telah menguatkan bukti bahawa Malaysia merupakan
negara yang tidak selamat dan tidak aman dikunjungi (Musalmah Johan, 2015).
Permasalahan
ketidakstabilan politik di Malaysia akan menyebabkan pelancong asing tidak berani
pergi untuk melancong ke Malaysia atas faktor keselamatan diri semasa melancong
(Zarinaj, 2016). Keadaan ini menyebabkan terdapat tanggapan pelancong asing
yang tidak suka untuk melancong ke Malaysia lantas akan memberitahu kepada
rakan di negara mereka bahawa Malaysia negara peperangan dan mempunyai
peristiwa hitam. Oleh itu, politik yang tidak stabil menyebabkan tanggapan
pelacongan asing bahawa Malaysia negara yang tidak sesuai untuk melancong.
4.4 Berlaku pencemaran alam sekitar dan
tragedi buruk yang menimpa Malaysia
Pencemaran
alam sekitar mengundang pelbagai penyakit berbahaya kepada kita dan pelancong
asing. Sebagai contoh, wabak H1N1, selsema burung, Aedes dan banyak lagi. Hal
ini disebabkan sikap manusia yang tidak bertanggungjawab seperti pembalakan
haram yang berlaku menyebabkan kerosakkan terhadap keindahan dan kecantikkan alam
semulajadi di negara kita. Apabila keindahan alam sekitar dicemari, menyebabkan
sektor pelancongan di negara kita akan terjejas ekoran daripada pelancong asing
yang tidak mahu datang ke Malaysia (Habibah Ahmad, 1994). Hal ini
demikian kerana, faktor kehadiran pelancong asing ke Malaysia adalah kerana
ingin menikmati persekitaran yang cantik dan bersih.
Tragedi
buruk yang menimpa Malaysia disebabkan oleh kehilangan pesawat MH370 dan
kemalangan keatas pesawat MH17 pada tahun 2014. Keadaan ini sedikit sebanyak
telah menjejaskan industri pelancongan negara. Peristiwa misteri kehilangan
pesawat MH370 menyebabkan jumlah ketibaan pelancong dari negara China berkurang
kerana kepercayaan pelancong asing dari Negara China telah merosot (Musalmah
Johan, 2015). Keadaan ini dibuktikan dengan ramai pelancong China kerana telah
membatalkan percutian mereka ke Malaysia dan kekerapan penerbangan dari China
ke Malaysia juga semakin berkurang.
5.0 Sistem Sokongan Oleh Pihak Kerajaan
Dan Swasta Yang Ditawarkan Untuk Pembangunan Industri Pelancongan Di Malaysia
Pihak
kerajaan dan sektor swasta perlu memainkan peranan yang sangat penting untuk
mempromosikan Malaysia sebagai negara pelancongan. Malaysia yang menuju ke
Wawasan 2020, pihak kerajaan dan swasta perlu lebih giat lagi dalam
membangunkan industri pelancongan. Oleh itu, terdapat beberapa sistem sokongan
oleh pihak kerajaan dan swasta yang telah ditawarkan untuk pembangunan industri
pelancongan seperti mewujudkan tabung pembangunan insfrastruktur pelancongan
dan insentif kemudahan penerbangan dan melalui tindakan kerajaan melalui Dasar
Pelancongan Negara.
5.1 Mewujudkan tabung pembangunan
Infrastruktur Pelancongan dan insentif kemudahan penerbangan
Tabung
pembangunan infrastuktur merupakan satu skim kemudahan untuk pembiayaan
pinjaman dana pelancongan yang bertujuan untuk membantu pengusaha yang ingin
membangunkan dan mengembangkan produk-produk pelancongan (Zarinaj, 2016). Hal
ini demikian kerana, kos untuk menghasilkan satu produk khususnya untuk tujuan
pelancongan sangat mahal dan memerlukan kos yang besar kerana terdapat
sesetengah produk perlu menggunakan teknologi yang canggih untuk pemprosesan
setiap produk itu.
Selain
itu, kerajaan telah mengecualikan cukai bagi syarikat pengusaha pelancongan
yang menawarkan pakej pelancongan dengan membawa pelancong asing ke Malaysia dengan
bilangan yang ditetapkan (Zarinaj, 2016). Tindakan kerajaan ini menyebabkan
syarikat pelancongan tidak perlu mengeluarkan modal dan menanggung bebanan
pembiayaan yang besar. Hal ini kerana, setiap pakej pelancongan yang
ditawarkan, syarikat terpaksa menanggung rugi kerana purata harga untuk
memastikan tempat pelancongan dan destinasi yang menarik serta jaminan insurans
terpaksa ditanggung separuh daripada harga sebenar dan kepuasan pelancongan
merupakan satu objektif syarikat pelancongan.
Sektor
swasta juga menawarkan insentif kemudahan penerbangan melalui Syarikat
Penerbangan Air Asia di mana Air Asia telah
menawarkan pakej tambang murah kepada para pelancong tempatan dan pelancong
asing yang hendak menggunakan perkhidmatan pengangkutan udara (Pelan Struktur
Kuala Lumpur, 2011).
Hal
ini sekaligus dapat membantu kerajaan untuk mempromosikan negara dengan
meletakkan imej-imej menarik yang terdapat di Malaysia pada badan kapal terbang
untuk menarik pelancong.
5.2 Tindakan kerajaan melalui Dasar
Pelancongan Negara
Dasar
Pelancongan Negara diperkenalkan dengan mewujudkan “Kempen Tahun Melawat
Malaysia” dan “Malaysian Kempen” yang bertujuan untuk menggalakkan pelancong
asing untuk datang ke negara Malaysia dengan memperkenalkan kebudayaan tradisi
pelbagai etnik, kepelbagaian makanan, permainan warisan seperti wau dan congkak
dan banyak lagi (Pelan Struktur Kuala Lumpur, 2011). Dengan usaha kerajaan
bersama sektor swasta ini dapat memperkenalkan Malaysia kepada negara lain
bahawa Malaysia mempunyai keunikan yang tidak ada di negara lain di samping
nilai ketimuran sopan santunnya yang diamalkan dapat menarik pelancong asing ke
Malaysia.
Apabila
ramai pelancong asing datang ke Malaysia, hasil dan pendapatan Malaysia
meningkat dan penawaran nilai mata wang negara Ringgit juga meningkat. Keadaan
ini boleh menyumbang kepada kemajuan Malaysia dengan lebih giat dengan
pelaksanaan kerajaan bersama sektor swasta untuk meningkatkan lagi imej
pelancongan Malaysia.
6.0 Langkah-Langkah Untuk Mendorong Dan
Membangunkan Industri Pelancongan Di Malaysia
Bagi
mendorong perkembangan industri pelancongan di Malaysia, pelbagai langkah perlu
diatur dalam memastikan segala aspek berada dibawah pemantauan Kerajaan supaya
segala pemasalahan dapat diatasi dengan baik. Antara langkah-langkahnya adalah:
6.1 Meningkatkan dan memperkukuhkan
prasarana bertaraf kelas pertama
Dalam menjadikan Malaysia sebagai
negara tumpuan pelancong pihak kerajaan perlu memperlengkapkan kemudahan dan
prasarana seperti sistem pengangkutan terutamanya. Hal ini kerana, kemudahan
pengangkutan merupakan faktor utama dalam memastikan pelancong dalam keadaan
selesa untuk berkunjung ke tempat yang ditujui. Misalnya, kebanyakkan pelancong
yang datang ke Malaysia adalah untuk menikmati keindahan pantai dan pulau. Oleh
itu, kerajaan harus menambah kemudahan perkhidmatan bot dan feri dari tanah
besar ke beberapa buah pulau di sekitar Laut China Selatan untuk memudahkan
orang ramai menikmatinya. Tugas menyediakan kemudahan ini akan lebih berkesan
sekiranya kerajaan sentiasa mengawasi syarikat yang ditugaskan untuk
menyediakan perkhidmatan pengangkutan tersebut. Sudah terang lagi bersuluh
bahawa kemudahan yang baik akan memudahkan para pelancong menelusuri dari satu
destinasi pelancongan ke satu destinasi pelancongan yang lain dan dapat
membangunkan industri ini.
Selain itu juga, kemudahan
penginapan yang selesa seperti hotel, chalet, tandas, bekalan elektrik adalah
penting untuk diperkemaskan kerana hal ini akan menentukan sama ada pelancong
itu akan tinggal lama atau sebaliknya. Jika tempat penginapan selesa dan
lengkap, ia akan mendorong seseorang pelancong itu tinggal lebih lama di negara
ini sekali gus membolehkan negara memperoleh lebih banyak mata wang asing.
Pembinaaan hotel dan rumah penginapan yang kian banyak di kawasan bandar dan
desa di seluruh negara membuktikan kesungguhan negara dalam usaha menarik
kedatangan pelancong ke negara ini. Penyediaan kemudahan penginapan harus juga
mengambil kira kadar sewa dan taraf sesebuah hotel yang dibina itu. Masalah
tandas yang terhad dan berbau kurang enak selain bekalan elektrik yang kerap
meragam perlu diatasi. Prasarana ini hendaklah dijaga agar pelancong tertarik
untuk berkunjung lagi ke Malaysia. Tegasnya, keselesaan pelancong ketika
menginap di negara kita perlu dititikberatkan agar industri ini kian
berkembang.
6.2 Mengadakan penguatkuasaan dan
keselamatan yang lebih ketat di sempadan Malaysia
Langkah
keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang di Malaysia sangat penting untuk menjamin
kepuasan dan kesejahteraan pelancongsama ada pelancong asing mahupun pelancong
tempatan semasa berada di negara kita (Adzlin Natasha, 2011). Hal ini
demikian kerana faktor kawalan keselamatan yang terjamin di sesuatu destinasi
pelancongan sering menjadi kayu pengukur untuk mereka datang ke destinasi
pelancongan yang menjadi pilihan di hati mereka. Penubuhan Unit Keselamtan
Pelancong perlu ditubuhkan untuk membantu pihak polis menangani jenayah ke atas
pelancong. Kejadian-kejadian rogol, mencabul kehormatan, menghendap, peras
ugut, rompak dan tipu harus ditangani secepat mungkin. Hal ini perlu dilakukan
agar pelancong asing terus berkunjung ke negara ini. Bilangan keanggotaan
pasukan keselamatan perlu ditambah supaya rondaan dapat dilakukan dengan
lebih kerap di kawasan tumpuan pelancong. Oleh itu, pelancong dapat melancong
di negara kita dengan lebih selesa dan sekaligus imej negara terpelihara
di mata dunia.
6.3 Berusaha untuk mempelbagaikan produk
pelancongan negara agar tidak terlalu bergantung kepada produk sedia ada
Terdapat
pelbagai produk pelancongan yang cuba diteroka dan dimajukan untuk memenuhi
citarasa pelancong yang pelbagai. Kerajaan telah berusaha membangunkan industri
pelancongan dengan mula menonjolkan pelancongan sukan melalui penganjurkan
acara sukan bertaraf antarabangsa seperti Monsoon Cup, Perlumbaan Formula One,
Kejohanan Badminton, Pameran Maritim dan Udara Langkawi (LIMA) dan Tour De
Langkawi (Tourism Malaysia, 2015). Hal ini kerana acara sukan ini sangat
mendapat perhatian peminat antarabangsa. Acara antarabangsa ini hendaklah
diadakan dengan lebih kerap dan dijadikan acara tahunan.Kejohanan-kejohanan dan
pameran ini perlu dirancang dengan teliti agar dapat dijalankan sepanjang
masa dengan promosi yang lengkap dan meluas.
Kerajaan
perlu memajukan sektor ekopelancongan kerana kekayaan khazanah alam semula jadi
yang sememangnya terdapat di Malaysia seperti Taman Negara Belum dan Taman
Negara Kinabalu yang telahpun diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO
(Zarinaj, 2016).
Kerajaan
juga hendaklah menggalakkan agropelancongan menerusi acara-acara sepeti Pesta
Buah-buahan Tempatan dan Pesta Flora. Dengan usaha kerajaan melalui
agropelancongan dapat menarik pelancong asing untuk datang ke Malaysia untuk
cuba sendiri merasa kelazatan dan rasa yang unik buah-buahan seperi durian dan
pemuliharaan flora alam sekitar perlu dimajukan kerana boleh dijadikan inovasi
untuk perubatan. Selain itu, pengliharaan fauna juga boleh menarik minat pelancong
asing untuk melihat haiwan yang hanya terdapat di Malaysia sahaja dan sekaligus
Malaysia boleh mempromosikan produk pelancongan yang pelbagai dengan moto
Kempen Zoom Malaysia, iaitu “Segala-galanya terdapat di Malaysia” (Adzlin
Natasha, 2011).
7.0 Kesimpulan
Industri
pelancongan di Malaysia merupakan menyumbangan terbesar negara kepada sumber pendapatan
negara. Kerjasama daripada Badan berkepentingan seperti pihak kerajaan, sektor
swasta, pihak berkuasa tempatan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat
sangat penting dalam membantu membangunkan serta memperkukuhkan industri
pelancongan di Malaysia agar dikenali di seantero dunia.
Malaysia
mampu untuk menjadi sebuah negara destinasi pelancongan berkonsepkan hutan
hujan tropika yang popular dan mempunyai potensi di rantau Asia kerana memiliki
keistimewaan dari kebudayaan serta kepelbagaian etnik dan mempunyai permainan
tradisional di destinasi atau melancong yang menarik dan cantik. Oleh itu,
sebagai rakyat Malaysia seharusnya kita
perlu memberikan sokongan kepada kerajaan dan pelbagai pihak dalam usaha
memajukan industri pelancongan agar negara mencapai tahap positif ibarat “dapat
duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi” dengan negara-negara maju. Tindakan
ini penting bagi membantu negara mencapai tahap negara maju pada tahun 2020.
8.0 Rujukan
Adzlin
Natasha.(2011). Diambil pada 3 Jun 2016, daripada Langkah memajukan Industri
Pelancongan Negara: http://www.academia.edu/12836915/industri pelancongan negara
Musalmah
Johan. (2015). Diambil pada 3 Jun 2016, daripada Industri Pelancongan Malaysia
Masih Berdaya Saing: https://www.mier.org.my/newsarticles/archives/
pdf /musalmah28 4 2015.pdf
Pelan
Struktur Kuala Lumpur. (2011). Diambil pada 3 Jun 2016, daripada Pelancongan: http://www.dbkl.gov.my/pskl2020/malay/pelancongan/
Tourism Malaysia. (2015). Diambil pada 3 Jun 2016,
daripada Tourism Malaysia Sasar Bawa Sektor Beli-Belah Ke Tahap Lebih Tinggi
http://www.tourism.gov.my/media/ view/tourism-malaysia-sasar-bawa-sektor-beli-belah-ke-tahap-lebih-tinggi
Utusan
Online. (2015). Diambil pada 3 Jun 2016, daripada Cabaran Industri Pelancongan
Negara:http://www.utusan.com.my/rencana/cabaran-industri-pelancongan-negara-1.101769
Jamaluddin
Md. Jahi. (2009). Pembangunan Pelancongan Dan Impaknya Terhadap Persekitaran
Fizikal Pinggir Pantai. Malaysian Journal Of Environmental Manangement 10(2)
(2009): 71-88
Zarinaj.
(2016). Diambil pada 3 Jun 2016, daripada Industri Pelancongan: https://industripelancongan.wordpress.com/2016/04/07/industri-pelancongn/